Kelas Asas Komputer dan Internet (Part 2)

11 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Disember yang lalu, telah berlangsung kelas asas komputer dan internet (bahagian 2) bersama warga emas dari komuniti PA DBKL Desa Rejang. Kelas telah diadakan selama 2 jam dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Peserta merupakan warga emas yang tidak pernah menggunakan komputer dan peranti elektronik yang lain seperti telefon pintar. Beliau sangat berminat untuk mempelajari cara menggunakan komputer dan melayari internet. Peserta diajar menggunakan komputer seperti menaip dan menggerakkan tetikus. Pembelajaran akan berulang sehingga peserta pandai menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan staf Pusat Internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali